Quantcast
Channel: TotBakeDesign
Viewing all 123 articles
Browse latest View live

Info : Peralatan Membakar

$
0
0

Banyak alat yang digunakan dalam pembuatan kek, biskut, dan segala menu yang perlu dibakar. Mulai dari alat untuk memproses adunan, percetakan hingga ke proses pembakaran. Pada dasarnya alat untuk membakar hampir sama kesemuanya. Namun ada beberapa alat khusus digunakan untuk membuat biskut, kek ataupun menu lain yang perlu dibakar.

Alat Mengukur

Alat mengukur merujuk kepada alat yang digunakan untuk membuat adunan seperti senduk, gelas, dan alat penimbang. 

Ada dua jenis timbangan iaitu timbangan jarum dan timbangan digital. Disarankan anda menggunakan jenis timbangan digital kerana mempunyai hasil yang lebih tepat.

Mangkuk Pengacau Adunan / Mixing Bowl

Mangkuk untuk mengacau ada pelbagai jenis yang dibuat dari melamin, plastik, stainless steel, seramik dan kaca tebal. Sebelum digunakan, pastikan mangkuk dalam keadaan bersih dan kering. Setelah digunakan, cuci dengan air hangat agar lemak yang bersisa pada mangkuk dapat hilang. 

Mixer

Ianya digunakan untuk mengadun segala jenis campuran tepung, telur dan air yang dipanggil adunan. Untuk tahap awal, gunakan kelajuan perlahan setelah adunan tercampur rata, kemudian naikkan kelajuannya hingga ianya dapat memukul dengan sebati hingga adunan menjadi kembang atau lembut. 

Tidak digalakkan untuk mengacau adunan dengan kelajuan tinggi dalam waktu yang sama kerana adunan jenis berkrim akan cair dan mengakibatkan bila dibakar ianya menjadi lebar, kurang menarik jika membuat biskut. 

Pengayak Tepung

Amat penting dalam menapis kotoran atau gumpalan pada tepung atau gula aising. Pengayak ada dalam pelbagai bahan samada plastik, ataupun stainless steel. Sebaiknya pilih pengayak yang mempunyai lubang yang halus dan juga, pastikan pengayak dalam keadaan bersih dan kering ketika digunakan.


Spatula

Fungsinya ialah bagi mengadun adunan iaitu ketika proses memasukkan tepung kedalam adunan cair. Spatula biasanya dari plastik ataupun kayu.

Rolling Pin

Alat yang digunakan untuk menipiskan samada adunan biskut ataupun fondant untuk dilapiskan pada kek. Ianya supaya adunan itu lebih mudah untuk dicetak menggunakan cutter. 

Tip supaya adunan tidak melekat pada rolling pin, masukkan adunan ke dalam plastik dan tekap dibahagian atasnya, ataupun gunakan tepung sebagai ejen untuk tidak melekat.


Cetakan Biskut / Cutter

Alat yang digunakan bagi mencetak adunan yang ingin dibakar menjadi biskut. Cetakan datang dalam bahan plastik ataupun aluminium. sebelum digunakan, cuci, keringkan dan celupkan dalam tepung sebelum dicetak. Ianya supaya adunan tidak melekat pada cetakan / cutter itu.



Loyang

Bagi membakar adunan, hendaklah menggunakan loyang, samada kek, kek cawan ataupun biskut, kesemuanya mempunyai loyang yang khusus. sebaiknya untuk membakar biskut, loyang hendaklah dalam saiz +- 2cm. Manakala, untuk kek cawan dan kek, loyang jenis tinggi digunakan supaya adunan membakar sekata.

Oven

Oven terbahagi kepada dua jenis iaitu oven gas dan oven elektrik. Pilih oven dengan kualiti yang baik. Sesuaiakan suhu oven dengan keperluan, jika memasak biskut, kek suhunya berbeza, dan juga jika pastikan suhu oven kita tidak terlebih panas atau kurang panas bila meletakkan suhu yang sama didalam resepi.

Jika terlalu panas, adunan akan bantat ataupun hangit dan mentah jika suhunya terlalu rendah.



Tutorial : (Video) Kek Berbentuk Bar Coklat.

$
0
0

Kami amat tertarik dengan video ini yang menyediakan tutorial langkah demi langkah bagi membuat kek berbentuk coklat bar oleh Kawai Receipe. Jom tengok dan mungkin kita boleh lakukan kek unik ini sendiri. 

Untuk mencari mouldnya, cadangan kami mungkin anda boleh cuba cari di kedai yang membekalkan peralatan bakeri. Kami ada list nama dan alamat kedai disini - Pembekal Bahan Bakeri


Tutorial : Cookie Monster Cupcake

$
0
0
Salam Tahun Baru semua! Apa khabar, maafkan kami, sebab lama juga tak keluar dengan perkongsian baru.. hampir 3 bulan kan.. 

Apapun, Syukur Alhamdulillah sebabnya kami lihat masih ramai juga yang datang ke blog ini untuk melihat perkongsian lama dan harapan kami ianya sedikit sebanyak telah membantu anda dalam menyediakan pelbagai juadah menarik semasa cuti sekolah.

Kali ini kami ingin berkongsi tetang cara membuat dekorasi sebuah karakter kartun dari rancangan Sesame Street iaitu Cookie Monster.

Jadi kalau anak anda minat pada kartun ini dan anda ingin buat sendiri dekorasi pada kek atau cupcake harijadi mereka tahun ini. Insya Allah dari perkongsian kami ini, kami berharap anda dapat mencubanya sendiri nanti.






Sebiji cupcake yang sudah dibakar.. anda boleh cuba mana-mana resepi kami untuk menghasilkan cupcake yang enak.

Aising buttercream, lihat resepi.

Nozzle tip bintang (closed star nozzle)
Beg piping bersaiz S

Pewarna Biru

Sekeping Biskut

Coklat Ball bersaiz mini 







Mula - mula bancuhkan aising dan asingkan kepada dua iaitu satu diwarnakan biru dan satu lagi dibiarkan lebih kurang sesudu  sahaja dalam warna putih iaitu aising yang tidak dicampurkan apa-apa warna.

Jika anda tidak mempunyai Bebola Coklat bersaiz mini, anda boleh warnakan lagi sesudu dengan serbuk koko ataupun Chocolate Emulco.

Anda boleh terus masukkan aising biru kedalam piping bag yang telah dimasukkan nozzle bintang dan mulakan memicit secara kejap - kejap dipermukaan cupcake. 




Kejap - kejap ialah anda picit dan berhenti, dan pergi ke bahagian lain.. ulang sehingga penuh dengan aising.


Bila selesai dengan aising, cupacake anda akan terhasil sebegini.


Masukkan aising bewarna putih itu tadi kedalam piping bag dan buat dua dot untuk menghasilkan mata.



Kemudian anda letakkan Bebola Coklat diatas aising itu.. kalau boleh buatkan matanya tidak sekata.. seolah-olah satu memandang ke kanan, dan satu lagi ke kiri.


Patahkan biskut kepada dua, kaedah ini digunakan untuk menampakkan mulut.


Letakkan di bahagian bawah mata, tapi pastikan jangan terlalu dekat supaya nampak ianya seperti sedang memakan biskut itu.


Akhirnya siap!

Untuk mengadakan majlis harijadi anak kecil yang amat meminati Sesame Street.. mungkin pada tahun ini mama atau papa sendiri boleh lakukannya!


Selamat Mencuba!

Inspirasi DIY : (3 Gambar) Cara Menarik Meletakkan Buku Resepi Ketika Memasak!

$
0
0
Waktu nak memasak selalunya kita akan keluarkan buku ataupun keratan resepi yang ingin digunakan, dan kebanyakan kita akan meletakkannya di atas meja.

Jadi dalam kesibukkan menyediakan bahan atau sedang memasak, kadangkala buku ataupun keratan resepi itu menjadi kotor akibat terkena percikan ataupun bahan masakan itu tumpah terus keatasnya!

Ingin kami kongsikan 3 cara yang menarik dan boleh dicuba oleh anda selepas ini untuk meletakkan buku ataupun keratan resepi anda ketika memasak.

1. Pemarut

Jika anda ada pemarut jenis ini, senanglah!

Anda boleh gunakan pemarut ini selain dari memarut sayur-sayuran, dengan tapaknya yang rata, dan mempunyai lubang untuk dipasangkan tali, sangat kreatif bukan?

Anda boleh lihat penerangan lanjut dari Denise... on a whim tentang projek ini.


2. Penyangkut Seluar.

Macam tak percaya sahaja kan..

Betapa mudahnya bila anda boleh gunakan ini untuk memegang buku / keratan resepi anda dan gantungkan sahaja pada mana mana tombol kabinet dapur anda, dan jika tiada, hanya sediakan paku dimana - mana bahagian yang mudah untuk anda lihat nanti.

Cara ini memang sudah lama kami gunakan, memang berkesan!

sumber : google

3. Klip Binder.

Hanya kepitkan buku / keratan resepi anda dan hanya terus baca. Cuma mungkin untuk buku tebal ianya tidak sesuai.




Jadi anda boleh pilih cara yang mana mudah mengikut kesesuaian anda, atau mungkin kami akan kongsikan lagi Inspirasi menarik untuk penggunaan buku resepi yang tebal pula nanti.

Selamat Mencuba!

Inspirasi Deko : (10 Gambar) Kek & Majlis Yang Bertemakan Animasi Terbaru Big Hero 6

$
0
0
dari @mybuttercups
Big Hero 6 ialah sebuah filem animasi terbaru dari Walt Disney Animation Studios yang sedang hangat diperkatakan. Filem yang mendapat rating sebanyak 88% dari Rotten Tomatoes ini memang sebuah kisah yang menarik untuk ditonton oleh pelbagai lapisan umur. Dari sikecil sehinggalah ke sibesar. Untuk mengetahui Filem ini berkisar tentang apa, anda boleh dapatkan info tentangnya di sini BIG HERO 6.

Selari dengan kehangatan filem animasi ini, tema untuk hiasan majlis harijadi kanak-kanak dan penyediaan kek bersempena karakter Big Hero 6 ini sudah pun bermula. Ianya agak popular sebagai pilihan bagi majlis yang diadakan untuk kanak - kanak lelaki namun perempuan juga tidak terkecuali.

Disini ingin kami kongsikan beberapa Inspirasi dari kek dan juga majlis bertemakan filem animasi ini.


Inspirasi Kek


1. Kek Fondant 3D 


2. Cupcakes Fondant


3. Kek Buttercream dengan topping bergambar


4.  Kek Fondant dengan Karakter 3D



5. Cupcakes dengan Topping Fondant 2D


Inspirasi Majlis


1. Dessert Table


2. Belon




3. Doorgift / Goodies



4. Origami Baymax


5. Mineral Water



Jadi untuk mama dan papa diluar sana yang ingin mengadakan majlis harijadi anak - anak untuk masa terdekat, mungkin boleh dapatkan inspirasi dari perkongsian kami disini.

Tema apa seterusnya??

Jangan lupa tinggalkan komen tema apa yang anda inginkan selepas ini. kami akan cuba memberikan inspirasi terbaik untuk majlis anda.

Tips membuat kek ~ 1

$
0
0

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK


Membuat kek adalah umpama satu seni. Anda akan dapat membuat kek dengan sempurna jika mempunyai kesungguhan, minat yang mendalam dan yang paling penting kesabaran dalam menumpukan sepenuh perhatian ketika memasak.

Pengalaman juga amat penting untuk menjadikan anda mahir dalam mengenalpasti bahan - bahan, masa dan jenis oven anda yang amat penting dalam menjadikan kek anda sempurna.

1. Panaskan ketuhar mengikut arahan yang diberikan supaya kek anda tidak hangus atau mentah.

2. Sediakan segala alat - alat kelengkapan seperti pisau, sudu, dan sebagainya agar proses membuat kek tidak tergendala ditengah jalan.

3. Pastikan anda Sukat kesemua bahan dengan tepat. Jika ingin melebihkan sesuatu bahan, hendaklah ianya diubahsuai dengan bahan - bahan lain juga supaya kek ada dapat dimasak dengan sempurna.

4. Loyang hendaklah disapukan dengan minyak dan ditabur tepung ataupun gunakan kertas lapik minyak untuk mengelakkan kek melekat pada loyang dan sekaligus merosakkan teksturnya ketika dikeluarkan.

5. Ingat anda jangan buka pintu oven dalam masa 20 minit pertama kek anda dimasak! Jika anda lakukannya dan jika ianya kerap, kek akan menjadi bantat.

Lihat sambungan : Tips membuat kek ~ 2

INSPIRASI DIY : (10 Gambar) Kegunaan Muffin Tin selain tujuan membakar cupcakes!

$
0
0
"Kalaulah suatu barang itu banyak kegunaannya"..

Mesti itu yang selalu kita fikirkan.. betul tak? Lagi - lagi bila barangan itu tak selalu digunakan, contohnya Muffin Tin ini, kita bukannya selalu membakar, alangkah indahnya kalau ada kegunaan lain bagi apa yang disimpan tu.

Disini ada beberapa idea tentang penggunaan Muffin Tin yang selalu kita gunakan untuk membakar cupcakes itu kepada beberapa kegunaan yang lain.

Jom tengok!

1.
Gunakan untuk meletakkan aising dengan warna berbeza ketika ingin mendeko kek atau cupcakes.


2.
Bila beli fast food dan nak bawa air dalam paper cup yang lembut tu banyak2.. apakata kita gunakan cara ini, satu raga plastik dan 2 keping muffin tin.
Susah sikit nak tumpah kalau macam nie kan?


3.

Para ibu bapa yang ada anak kecil dan ingin develop fine motor skill mereka, yang mana amat penting bagi pertumbuhan otak ketika peringkat awal, boleh gunakan kaedah ini, berikan mereka getah bersaiz besar dan galakkan mereka bermain dengan meregangkan getah itu menggunakan jari. ikut kreativiti, boleh bentukkan huruf dan shapes.
Kaedah ini memang bagus!


4.

Bila anda pergi ber-picnic atau berkhemah, satu idea terbaik bila dapat dijadikan bekas menghidang untuk makanan dalam kuantiti yang sedikit.


5.

Nak ajak kawan datang rumah, ketulan ais yang dibuat dari bekas ais biasa tu tak cukup puas nak sejukkan air, apakata kita buat saiz besar terus, lambat sikit cair dan kurang bercampur dengan rasa sebenar air yang dihidangkan itu.
cool kan?



6.
Hidup sebaiknya ber-organized!
Jadi dari dipenuhkan segalanya didalam drawer itu, apakata kita jadikan muffin tin ini sebagai organizer.. lebih mudah untuk mencari dan mengingati... dan mana yang tak pakai boleh sahaja dibuang.


7.
Bila muffin tin dah agak buruk, spray dan boleh dijadikan tempat meletakkan lilin hiasan, bukankah kreatif namanya ini?
Lagipun selamat apabila lilin dibakar nanti.


8.

Apakata tampilkan kelainan dengan menghidangkan aiskrim didalam mangkuk chocolate chipcookies?
gempak kan!


9.

Bagi yang ada banyak aksesori kecantikan.. jom kita kemaskan dengan cara ini, dan letakkan didalam drawer.. kan lebih organized hidup ini nanti.



10.
Untuk menyimpan warna yang berbeza bagi aktiviti pendidikan seni. Khas untuk cikgu - cikgu, mesti lebih mudah bila nak menyimpan kan?


INFO : CARA NAK MAKAN CUPCAKES DARI SOLO CUP.

$
0
0
Bagi yang selalu makan cupcakes, mesti anda perasan yang cupcakes anda beli akan berbeza dari segi cawan kertas nya bila anda beli dari berlainan bakers

Ini kerana bergantung pada resepi yang digunakan oleh mereka, kerana ada sesetengah cupcakes agak berminyak dan mudah tanggal dari cawan kertas biasa yang nipis tu, jadi ada yang menggunakan solo cup iaitu sejenis cawan kertas yang dibuat dari kertas yang agak tebal yang dapat memberikan pembakaran menarik sekaligus menyerap lebihan minyak dari cupcakes tu. 

Kami pun gunakan solo cup sewaktu mengambil order dahulu. sebab bentuknya yang keras dan seragam. Tapi terpulang pada bakers itu sendiri, kalau resepi mereka mempunyai adunan yang cantik dan tidak menjadikan kertas itu kembang bila dituangkan, ataupun tidak begitu berminyak, senang sahaja mereka menggunakan cawan kertas yang biasa itu.

Terus kepada cerita kita...

Selalunya bila kita dihidangkan dengan cupcakes begini, agak sukar rasanya untuk makan kan, sebab ianya tidak boleh peel-off seperti cawan kertas yang dinipis tu. 

Ini ialah cara untuk anda makan cupcakes dari solo cup tu. sahaja kami share supaya mudah untuk anda ajar anak - anak kecil anda.






Pegang kedua - dua belah kertas dan regangkannya, kertas akan terbuka.

Ulang proses ini sehingga keseluruhannya terbuka.

Tapi kalau ada aising, anda boleh buka sedikit sahaja dan makan bahagian terbuka, jadi tangan tak terkena kek dibahagian yang masih belum dibuka.


Bila begini lebih mudah untuk makan kan.. 



Selamat Mencuba..




INSPIRASI TUTORIAL : JOM BUAT KEK BARBIE

$
0
0
Anak anda amat sukakan kek barbie?

Nak buat tapi tak tahu macam mana, jom belajar cara - caranya dari tutorial ini yang kami ambil dari Pinterest.




Tips Membuat kek ~ 2

$
0
0

Sambungan dari Tips Membuat Kek ~ 1


CARA MEMBUAT LAPISAN KEK

Bila selesai membakar kek, selalunya kita ingin melapiskan dibahagian tengah kek itu dengan aising. Jadi untuk memotong kek kepada beberapa bahagian, ada seninya.. jika tidak kek itu boleh hancur ketika proses memotongnya.

Bayangkan betapa sayangnya bila kek sudah dibakar cantik, berlopak - lopak hasil ketidakkemasan ketika memotong... oh tidak!

Baiklah berikut ialah antara tips yang boleh dipraktikkan:

  • Gunakan sebilah pisau yang tajam dibahagian hujung.
  • Gunakan benang ataupun dental floss dengan menarik tegang bahagian hujung ketika melalui bahagian dalam kek.




dan... tahukah anda?

untuk kek chiffon yang sangat lembut seperti Angel Food Cakes, ada pisau tersendiri digunakan khas untuk memotongnya..

wow!


Lihat sambungan : Tips membuat kek ~ 3



INSPIRASI BAKE & DESIGN : Spongebob Squarepants

$
0
0
Filem terbaru animasi Spongebob iaitu Sponge out of water akan menemui peminat di Malaysia pada Bulan March 2015 nanti.

Eh tak sabarnya!

Sebabnya, kami sekeluarga memang peminat kartun Spongebob.. memang ternanti nanti sambungan dari filem animasi Spongebob Squarepants yang pertama iaitu pada tahun 2004 dahulu.. lamanya kan!

Untuk kanak-kanak kecil mesti ramai yang sukakan Spongebob bersama rakan baiknya Patrick, rakan garangnya Squidward Tentacles dan bos kesayangan mereka iaitu Mr. Krabs'

Kisah dahulu seperti biasa Plankton yang ingin menguasai dunia Bikini Bottom dan berjaya ditewaskan oleh Spongebob dan Patricks.

Apa pula pengembaraan terbaru mereka kini.


Jom tengok design yang menarik bila bercerita tentang kek dan majlis yang bertemakan Spongebob Squarepants ini.


Inspirasi Bake

1.  Kek Buttercream dengan Hiasan Fondant - dibuat oleh kami sendiri. 



2.  Kek Fondant 3D - oleh Dizzy



3. Kek dengan cupcakes fondant yang sedondon. - oleh brattycakes



4. Kek bersalut dan dihias dengan karakter fondant. wow! - oleh Antonella Di Maria


5. Cupcakes! oleh Tracey Chooi



Inspirasi Design

Dessert Table


Nampak seperti Majlis Harijadi yang sangat meriah.


Antara tema yang mudah untuk dibuat sebenarnya.. sebab konsep Spongebob nie lebih kepada warna - warni.. colourful!



Baiklah.. mesti anda rasa mudah nanti nak buat kalau temanya Spongebob Squarepants kan.. 

Lepas nie anda nak kami tampilkan tema apa pula yea.. 

Jangan lupa komen yea.. 

RESEPI : KEK LOBAK MERAH

$
0
0





200g butter
200g gula castor
330g lobak merah - diparut
4 biji kuning telur
66g gula castor
200g badam tumbuk
267g tepung kek
1/2 sudu esen vanila







Bersihkan kulit lobak merah, kemudian diparut halus. Ketepikan.

Mula memukul butter dengan gula sehingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur serta esen vanilla sambil dipukul lagi sehingga sebati.

Sementara itu putar putih telur sehingga kembang berbuih. (terbalikkan diatas kepala, lihat jatuh ke tak.. kalau tak jatuh tu, macam itu yang kita nak.)

Setelah itu masukkan kedalam adunan butter tadi beserta tepung kek dan badam tumbuk sambil dikacau hingga sebati.

Akhir sekali masukkan parutan lobak merah.

Pukul adunan ini dengan putaran tanda 3 selama 2 minit. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat yang telah dileser dengan majerin dan letakkan didalam dua loyang sama saiz.

Bakar pada shuhu 190'c selama 40-45 minit. (mulai check pada minit ke 20 sebab lain oven lain pembakarannya)

Bila telah masak, sejukkan dan sapukan aising cream cheese dan hiaskan mengikut kreativiti anda.



Tutorial : Bunga Marshmallow

$
0
0

Jom kita buat hiasan untuk kek ataupun cupcakes menggunakan marshmallow ini. Caranya sangat mudah!

Ini kira macam decorating hacks dalam bagaimana untuk mendapatkan hiasan yang cantik tapi cara membuatnya tak perlukan anda memukul, memutar, menguli dan sebagainya.. 

Untuk ibu - ibu ini ialah cara termudah nak menghias kek anak, dan bagi anak - anak pula ini satu aktiviti menarik untuk dicuba, yelah bayangkan mereka sendiri yang menghias kek mereka, pastinya teruja!

Baiklah, anda cuma perlukan...







Marshmallow Putih
Gunting
Gula bewarna, dalam gambar ini saya pilih hijau. Tapi anda boleh buat pelbagai warna ikut kesukaan.
Bahan hiasan berbentuk bola, samda colourful balls ataupun silver balls yang saiz sederhana.







Guntingkan marshmallow ini sehingga menjadi kepingan kecil.


Kemudian, masukkan kepingan marshmallow itu kedalam bekas hiasan gula bewarna, tekan sehingga gula melekat ke seluruh permukaan.


Dah siap satu kelopak!

Tak perlu sampai dua bahagian, cukup dengan sebelah sahaja.


Anda boleh ulangi proses ini sehinggalah cukup 5 kelopak untuk menghasilkan sebuah bunga.


Akhir sekali, lekatkan coloured ataupun silver ball dibahagian tengahnya. Jika anda ada lebihan buttercream, boleh sahaja dipaipkan di bahagian tengah.



Hiaskan pada kek ataupun cupcakes anda!


dan berikut ialah contoh - contoh hasil kerja kami terdahulu menggunakan bunga marshmallow ini.

Super moist choc cake ~totcupcakes.com~

m-105 ~totcupcakes.com~


Mudah sahaja kan.

Untuk dipadankan dengan aising, anda boleh lihat resepi butttercream dan ganache kami juga!

Inspirasi Design : (10 Gambar) Dapur Idaman Kalbu.

$
0
0
Siapa yang tak menginginkan sebuah dapur yang menepati taste kita dan juga mempunyai ruang yang cukup untuk kesemua bahan dan peralatan memasak.

Umpama syurga rasanya kan.

Tapi dapur yang menjadi impian tak semestinya yang gah dan mahal, mungkin dari projek DIY. Yang menjadi keseronokkan ialah apabila ianya direka khas untuk menepati penggunaan kita.

Contohnya akan kami kongsikan dibawah ini dengan segala idea - idea menarik dari penyusunan barangan dan rekabentuk kabinet dapur yang mungkin dapat kita jadikan contoh untuk merekabentuk sendiri kabinet dapur satu hari nanti!

1. Laci yang boleh ditarik keluar.


2. Sukanya yang ini, laci ini boleh meletakkan peralatan memasak dengan mendirikannya. senang!


3. Bawah sinki, kalau dibuat begini lagi bagus kan, terutama yang dilekatkan di daun pintu tu, menampakkan seolah - olah bawah sinki tu luas sangat!


4. Tak siapa pun tahu dimana pisau disimpan kalau begini, dan kalau ada anak kecil, boleh sahaja diletakkan child safety drawer lock seperti yang dijual di Ikea.


5. Pelbagai laci dan bentuk penyimpanan untuk pelbagai jenis barangan, dalam satu ruangan sahaja.


6. Yang ini memang wow!.. 
Ruangan yang tersorok dan tampak sangat kemas, bila dibuka semuanya sudah dibariskan mengikut ketinggian bekas rempah ratus ini.


7. Kaedah penyimpanan yang genius!
Dirikan dengan memberi sesekat supaya setiap peralatan ini boleh di masukkan dan juga dikeluarkan dengan mudah. 

Bagi yang suka membakar.. kita memang ada masalah ini kan.. 


8. Lagi simpanan rempah ratus, tapi yang ini siap bertingkat lagi tuu.. memang awesome!


9. Bukan sahaja untuk barangan masakan, mugkin kita boleh selit juga pelbagai kegunaan lain pada ruangan dapur. Cara ini menarik bukan?


10. Akhir sekali, bagi yang minat membakar kek, apakata kita simpan terus mixer didalam kabinet dan hanya keluarkan ketika ingin digunakan! Sangat Genius!





Inspirasi Tutorial : Bunga Ros Fondant

$
0
0


Kadangkala kita menginginkan kek yang cantik dan menawan pada hari perkahwinan, namun kosnya agak tinggi, maklumlah, tak mudah nak membuatnya ditambah lagi dengan kos barang yang meningkat dan masa yang lebur dalam merealisasikan impian mempunyai kek yang cantik itu.

Tapi, kalau anda nak tahu, anda pun boleh buat sendiri sebenarnya, salah satu contoh design kek yang popular pada hari perkahwinan ialah tema bunga ros, samada dari buttercream ataupun fondant

Untuk mempelajari teknik membuat bungan ros dari buttercream mungkin agak mencabar dan mengambil masa, apakata anda cuba cara ini. anda boleh berlatih dan siapkan bunga ros ini dalam tempoh seminggu sebelum majlis, pastikan ianya kering, dan sehari sebelum majlis, hanya letakkan buttercream pada kek 2, 3 atau pun 5 tingkat, dan anda boleh mula melekatkannya. 

Dengarnya mudah bukan? Memang mudah, Jom cuba.

Nota: Mohon practice dahulu yea. Jika anda nak jimatkan ratusan atau ribuan ringgit untuk bajet kek perkahwinan, apasalahnya practice dahulu beberapa bulan sebelumnya. 



Tips membuat kek ~ 3

$
0
0


Sambungan dari Tips Membuat Kek ~ 2

MENGHIAS LAPISAN KEK


Bagi menghias kek, selesai membuat buttercream menggunakan resepi kami, anda boleh memudahkan proses menghias dengan memasukkan buttercream kedalam beg plastik segitiga atau juga dikenali sebagai piping bag, dan terus memicit isi aising keatas lapisan kek yang telah dibelah dua. 

Ratakan dengan spatula dan cantumkan dengan lapisan atas.

Kemudian anda ulangi proses sama pada bahagian atas kek dan corakkan atau kemaskan aising samada dengan menggunakan sudu, garfu, pisau ataupun spatula khusus yang diperbuat dari stainless steel.

via : pinterest


Tips penting sebelum menghias:

  • Pastikan kek dalam keadaan sejuk hingga ke bahagian tengah, kerana kek yang suam akan mencairkan aising.
  • Untuk mencegah kerosakan pada kek, keluarkan dari loyang setelah suhunya turun (sejuk) kerana struktur kek yang masih baru dikeluarkan dari oven masih rapuh.
  • Sebaiknya jika ingin menghias dengan menggunakan aising buttercream, kek diletakkan didalam freezer selama 15 minit ataupun sehingga sedikit mengeras.  Ini bagi menjadikan sapuan buttercream itu kemas dan tidak pecah.
  • Untuk mendapatkan hasil sapuan buttercream licin pada kek,  celupkan dengan air suam atau pun panas, dan keringkan dengan mengelap bersih  setiap kali selesai meratakan diatas kek.
via : bakingthroughmsbh.wordpress.com

  • Ratakan secara perlahan - lahan, tidak perlu tergesa - gesa kerana ini akan memberikan hasil kerja yang cantik.
  • Bagi mewarkan buttercream, gunakan pewarna makanan. Hanya letakkan beberapa titis ataupun jika gunakan gel pewarna, ambil dengan kayu pencungkil gigi dan letakkan sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga mendapat warna yang diingini. 
via : wilton.com


RESEPI : CUPCAKE STRAWBERI

$
0
0





3 biji telur gred A
75g jem strawberi
150g butter
100g gula pasir
150g tepung gandum
30g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder






Panaskan ketuhar pada suhu 175'c dan sediakan loyang beserta paper cup didalamnya.

Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder dan ayakkan sehingga bercampur semuanya, ketepikan.

Pukul butter dan gula pasir pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan kemudian masukkan telur, jem strawberi, teruskan memukul namun pada kelajuan sederhana sehingga rata dan sebati.

Masukkan campuran tepung tadi dan teruskan memukul pada kelajuan sederhana sehingga bercampur. 

Tuangkan adunan kedalam paper cup (sebaiknya menggunakan ice cream scoop) dan bakar selama 10 - 15 minit. 

Pada minit ke 10, check dengan pisau (cucukkan pada salah satu cupcake) dan kalau tidak melekat adunan, berarti ianya sudah masak. jika tidak teruskan sehingga minit ke 15.

Keluarkan dan sejukkan. 

Boleh di hiaskan dengan aising buttercream, resepi disini, dan untuk lebih menarik, letakkan jem strawberi dibahagian tengah buttercream. Tampilkan kelainan dalam menghias!


INSPIRASI BAKE & DESIGN : (10 Gambar) Idea Kek dan Majlis Harijadi Bertemakan Sofia The First.

$
0
0

Bagi yang mempunyai anak perempuan, selain Frozen, Cinderella, Sofia The First juga boleh menjadi pilihan untuk dijadikan tema majlis harijadi. Warna Ungu campuran yang pekat dan muda ini amat mudah didapati dan pilihan barangan dengan lakaran kartun ini juga banyak dijual.

Jika kita memilih tema yang popular sebegini dengan kos yang rendah pun masih dapat merealisasikan majlis harijdi yang gemilang buat sikecil.

Jom tengok 5 idea gabungan kek dan cupcakes dan 5 jenis majlis harijadi dengan Tema Sofia The First.

1. Kek fondant yang sungguh kemas!



2. Idea kreatif dengan cupcakes! Beliau menggunakan gambar dari invitation card sebagai cake topper.

via : Pinterest


3. Kek dengan crown dan edible image Sofia The First.

via : birthdays.momsmags.net

4. Seperti kek Barbie, yang ini hanya menggunakan potongan gambar Sofia The First.


via : celebratingeverydaylife.com

5.  Jom DIY kek Sofia The first!




dan jom kita tengok majlis harijadi pula yang bertemakan Sofia The First!

1. 

2.  

via : etsy.com

3. 


4. 

via : karaspartyideas.com

5. 

via : karaspartyideas.com

Jadi, mungkin kita dah boleh mulakan mencari barangan sesuai untuk persediaan majlis harijadi peminat Sofia The First ini!

Tutorial : Dekorasi ~ Kereta Merah

$
0
0
 


Sebiji Cupcake Coklat - Lihat resepi

Ganache - Lihat resepi

Buttercream diwarnakan merah dan merah jambu muda - Lihat resepi

Fondant yang diwarnakan kelabu.

Piping Bag - digunting halus hujungnya



Lakarkan mengikut gambarajah dibawah dan isikan dibahagian dalam lakaran dengan aising bewarna merah.



Tampalkan fondant bewarna kelabu dibahagian bawah supaya menyerupai tayar dan paipkan dibahagian tengahnya asing bagi membentuk rim.

dan paipkan diatas asing merah dua dot putih untuk menampakkan sebagai handle pintu.

Anda juga boleh pelbagaikan dalam hiasan dengan mencampurkan dengan tema ladybird dan basketball.



Tips membuat kek ~ 4

$
0
0

Sambungan dari Tips membuat kek ~ 3

Bila membuat kek, memang selalunya kita harus mengikuti cara ataupun saranan orang yang terdahulu, namun kadangkala jika sesuatu tips atau petua yang baru kita ketahui ini lebih bagus, apasalahnya dicuba kan, lebih - lebih lagi jika ianya memudahkan kerja kita ataupun menjimatkan masa. 

Jom tengok apa tips dan petua menarik dalam pembuatan kek yang dapat kami kongsikan.

Serpihan telur pecah dan masuk kedalam mangkuk.


Basahkan jari anda ketika ingin mengeluarkan serpihan telur itu kerana telur tidak mudah melekat pada jari yang basah.

Gunakan Butter dan Susu untuk menggantikan minyak sayuran dan air.


Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, saranan Chef terkenal Paula Deen, sentiasa gunakan butter dan susu bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.

Anda hanya perlu google sahaja untuk mendapatkan jumlah sesuai bagi penukaran itu.

Contohnya : ' 1 cup of vegetable oil to butter in grams '

anda akan dapat jawapannya!



Gunakan Syringe untuk menggantikan piping bag!


Jika membuat biskut, dan anda mahukan kemasa ketika menghias royal icing diatasnya dan rasa leceh nak keluarkan piping bag, anda cuba gunakan syringe dan kerja anda akan nampak lebih kemas!


Keluarkan kek yang sudah dimasak tanpa melekat di loyang.


Jika selalunya kita sapukan loyang dengan minyak, mungkin kali ini kita harus cuba cara yang berkesan ini.

Campurkan 1/2 cawan shortening, 1/2 cawan minyak dan 1/2 cawan tepung kedalam bekas dan sapukan pada loyang.

Percayalah kek akan mudah ditanggalkan dari loyang sebaik sahaja masak.

Jom tengok perkongsian tips ini disini.


Hias kek umpama pro dengan menggunakan kain lace.


Jika anda membakar kek coklat dan inginkan kek anda nampak cantik tanpa menggunakan aising, anda hanya perlu taburkan gula aising atas kain lace diatas kek itu, dan anda akan terpesona dengan hasilnya!

Viewing all 123 articles
Browse latest View live