Quantcast
Channel: TotBakeDesign
Viewing all 123 articles
Browse latest View live

Bekas "Push Pop"

$
0
0



Bekas Push Pop ini asalnya ialah untuk diletakkan kek yang dipotong kepada beberapa kepingan dan kemudiannya dilapiskan dengan krim atau coklat cair dan akhir sekali hiasan.

Ianya memudahkan mereka untuk menikmati kek didalamnya kerana tidak perlu menggunakan sudu, hanya tolakkan sedikit demi sedikit keknya sehingga habis semuanya!

Ini contoh- contoh penggunaan Push Pop ini..

Kek berwarna warni diletakkan secara berselang seli dengan aising.

via www.merryscake.com
Ini pula cupcakes yang ditindankan supaya lebih mudah untuk dimakan.

via www.layerscake.com

Selain kek, ianya juga sesuai untuk 

Rice Krispy Treats!

via www.glorioustreats.com
Pendek kata ianya sesuai untuk apa sahaja yang anda fikirkan.. sebab ada juga yang menggunakannya untuk dijadikan bekas cenderhati.. bagi mengisi coklat, gula-gula dan apa sahaja yang comel.

via www.fabipops.com
kreativitinya.. anda tentukan.. 

Bekas Push Pop ini menggunakan
  • plastik yang berkualiti dan selamat untuk makanan
  • tahan untuk diletakkan didalam peti sejuk bahagian beku
  • bahagian bawahnya agak tirus jadi mudah untuk diletakkan dalam mana-mana lubang yang tidak begitu besar
  • penutup nya yang cantik dibahagian tepi itu termasuk didalam set ini
  • boleh dibasuh dah digunakan semula

Ciri - ciri produk

Diameter : 4cm
Tinggi penutup : 3cm
Tinggi badan : 9cm
Tinggi batang plastik : 10.5


STOK TERHAD

Harga : RM45.00/set  (25 unit)

Jadi hanya RM1.80 untuk setiap unit!


Caj Penghantaran : RM10.00 Semenanjung Malaysia RM15.00 Sabah / Sarawak

----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membeli, sila emailkan butiran berikut kepada kami di totbakedesign@gmail.com.
Nama:
Alamat:
No. Tel:
Kod Barangan: PUSH POP
Pilihan Bank Pembayaran: Maybank / CIMB

----------------------------------------------------------------------------------------
Jadi Rakan Kami
 

ChocoToT : Gubahan terbaru.. Pokok Bunga Manis...

$
0
0
Bagi yang inginkan kelainan dalam memberi hadiah, anda boleh hantarkan produk terbaru ChocoToT ini kepada yang tersayang dan berikan kejutan padanya.. 

Mungkin anda biasa menghantar jambangan bunga pada harijadinya atau pada hari ulangtahun perkahwinan anda, cuba berikan sesuatu yang unik tahun ini.. jadikan Pokok Bunga Manis ini sebagai satu hadiah istimewa buatnnya.. 

Set Merangkumi:
  • Coklat Butter Toffe Pelbagai Jenama dan Perisa
  • Pasu Hiasan
  • Beg Eksklusif Chocotot
Penghantaran : Percuma!
*Seluruh Semenanjung Malaysia




Jangan tunggu lagi.. Tempah sekarang!

www.tots.my

ChocoToT : Nona Wedding Trends 2014, Hotel Pullman, Bangsar.

$
0
0

Terima Kasih kepada Team Nona!

Sebanyak 150 Unit Cenderahati Premium ChocoToT telah dihantar ke Hotel Pullman, Bangsar ketika berlangsungnya Majlis Gilang Gemilang Nona Wedding Trends 2014.

Sedikit Gambar Behind The Scene kami di ChocoToT.


Team Nona yang menyambut kami di Lobi Hotel 


Cenderahati Premium yang bertemakan Biru Muda.

  


dan Terima Kasih NONA...



Bagi yang berminat untuk membuat tempahan 

www.tots.my 


atau ada sebarang persoalan sila emailkan kami di

ask@tots.my 

Resepi : Kek Lemon Gebu Gebu

$
0
0

Satu Obsesi kami bila mencuba resepi kek yang baru ialah nak melihat tu menjadi sangat gebu, lembut dan lembab.. dan bila kami dapat kek macam tu.. memang tak terkatalah seronoknya.. lagi - lagi kalau anak-anak mengulang makan sampai habis!


Resepi yang akan kami kongsikan ini ialah resepi pertama kali dicuba dari salah sebuah buku resepi kek yang nampak menarik dari gambarnya.. selalunya susah sikit nak percaya pada resepi di buku masakan.. tapi yang ini.. Alhamdulillah.. berjaya dan kami gembira dengan resultnya..

Jadi pada yang ingin mencuba kami kongsikan disini yea..








1 1/2 cawan mentega / butter, suhu bilik
2 1/2 cawan gula castor
6 biji telur, suhu bilik
3 cawan tepung kek, diayak sebanyak 2 kali
1 cawan heavy whipping cream
1 sudu besar ekstrak vanilla
1 sudu teh ekstrak lemon








Pukul mentega / butter dan gula sehingga kembang, selalunya lebih kurang 5 minit iaitu sehingga ianya bertukar warna menjadi putih.

Masukkan telur satu persatu dan pastikan setiap satu bercampur semuanya sebelum dimasukkan yang seterusnya.

Seterusnya mula masukkan Tepung dan Heavy Whipping Cream secara berselang seli sehingga bercampur semuanya. dan akhir sekali masukkan Ekstrak Vanilla dan Lemon, kacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang (kami guna saiz 8 inci).

Bakar pada suhu 180 selama 45 minit, tapi mula pusingkan kedudukan kek, check pada minit ke 30.

Tips penting: Pastikan kesemua adunan bercampur sebati sebelum dibakar!

Melampau kami tau.. sebab terlalu terliur dengan bau lemon tu, keluar sahaja dari oven, panas-panas terus potong dan makan.. jangan ikut yea.. (hehe)



Jadi Rakan Kami
 

Diaper Cake

$
0
0
Untuk Pengetahuan para pembaca dan pelanggan yang dihormati, tempahan untuk pelbagai jenis kek, cupcakes atau apa sahaja yang melibatkan proses memasak, kami hentikannya seketika sehingga diberitahu kelak.

Ini berikutan kami ingin menumpukan perhatian penuh kepada perniagaan baru kami iaitu ChocoToT 
yang sudah mula mendapat sambutan baik dari pelanggan kami.

Namun, kami masih menerima tempahan untuk Diaper Cake pada yang berminat.

Harga bermula dari RM80 termasuk pos.. boleh emailkan kami 'Diaper Cake' di totbakedesign@gmail.com





Diaper Cake ini amat sesuai diberikan pada mereka yang bakal atau  baru sahaja melahirkan bayi.. 

Set Diaper ini terdiri dari
  • Diaper
  • Losyen
  • Shower Gel
  • Shampoo
  • Baju
  • Rubber Duck
  • Hiasan dan dekorasi yang sesuai dengan Tema.


Jika berminat, mohon emailkan kami


Terima Kasih
Jadi Rakan Kami
 

Inspirasi Deko : 5 tema parti FROZEN yang memukau!

$
0
0
Kek yang diinspirasikan dari kartun popular selalunya menjadi pilihan utama para ibu bapa bila menempah kek harijadi anak - anak.

Terkini kartun FROZEN yang memaparkan kisah kasih sayang antara adik beradik iaitu 2 orang puteri, Princess Elsa dan Princess Ana menjadi trend yang hangat samada dijadikan tema Parti atau pun tema pada kek.

Disini kami ingin kongsikan 5 idea kek yang paling hangat untuk dijadikan inspirasi anda jika ingin menempah untuk si kecil,

dan...

5 parti bertemakan Frozen yang memukau!







dan juga 5 kek bertemakan FROZEN!






" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Anda suka tak?

jika anda ada sebarang permintaan untuk kami kongsikan contohnya idea kek perkahwinan bertemakan keemasan, atau mungkin kek ulangtahun perkahwinan untuk suami, 

sila letakkan pada ruangan komen dibawah dan kami akan cuba untuk kongsikan pada anda.

dan, 

jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda boleh juga mengikuti segala perkongsian trend terbaru di Facebook kami.

Kami akan kongsikan segala tips-tips, tutorial, inspirasi kek yang cantik di situ setiap hari. 

Jumpa disana :)



Jadi Rakan Kami
 

Inspirasi Deko : (10 Gambar) Sugar Cookies Tercantik.

$
0
0

Kalau anda berminat dengan hiasan sebegini dan ingin mencuba, kami ada kongsikan resepi Royal Aising dari Sweetopia yang mana boleh digunakan untuk mendeko sugar cookies ini. Resepi yang sama kami gunakan untuk mendeko kesemua sugar cookies kami.

Berikut adalah hasil kreativiti menarik dalam hiasan sugar cookies yang kami kagumi. Cantik kan? anda juga boleh lakukan sama dengan sedikit latihan dan minat.

Renda

urban rodinne vcelarstvi

Bunga Lavender

Arty McGoo

Burung Hantu Comel

TSCookies

Cherry Blossom


Sweet Living


Topi

Pepatung

Cupookie

Cherry Blossom Puzzle

BertisBakery
Kotak Biskut

Cookie Crumbs

Bunga Poinsettia


Harap anda sukakan perkongsian ini!




Tutorial : Resepi Rice Krispies Cereal versi ChocoToT

$
0
0

Mudah untuk dibuat dan menjadi kegemaran anak - anak!

Sekarang dah menjadi trend Rice Krispes ini sebagai snek anak - anak.. kadang - kadang pada mak dan bapanya juga..

Disebabkan kami selalu membeli produk readymade, maka datanglah rasa nak buat sendiri juga.. kalau ikutkan kisah percubaan kami, pernah guna Rice Krispes yang biasa tu.. jadi lemau.. (hahaha).. sampaikan terpaksa bakar semula selepas siap... nak buat macam mana dari lemau tak boleh dimakan, nasib jadi ok.. tapi tak rasa berkualiti yang macam selalu kami beli tu...

jadi selepas itu bila kami ke pasaraya dan lihat ada produk Kellogg's Rice Krispes nie, maka kami cuba yang itu pula.. (sebab tempat kami beli tu ada cakap yang ini brand yang digunakannya) 

maka, problem solved, guna rice krispies brand ini dah tak perlu nak bakar semula dan tak mudah nak lemau.. juga, untuk sedapkan lagi.. kami gunakan coklat dan karamel ChocoToT... maka rasanya.. fuh! 

berganda - ganda kesedapannya.. 

kami dah cuba beberapa brand coklat premium.. dan berdasarkan pengalaman kami, yang sedap untuk digunakan dengan resepi ini bukan semua.. hanya seperti berikut:

Coklat Premium

semua brand karamel sedap!



Lihatlah betapa cerianya anak dara kami.. tak sabar nak menikmati.. anda boleh beli coklat dan Rice Krispes dan boleh buat berulang-ulang kali.. jimat.. jadikan stok snek anda.. percayalah.. mesti tak sempat jadi stok nanti.. 


Resepi ada dikongsikan didalam video dibawah.. klik dan kalau anda suka, boleh sahaja share pada rakan-rakan.. kot-kot ada yang nak mencuba buat sendiri.. 


Terima Kasih Bloggers

$
0
0
Sedar tak sedar ada banyak rupanya blog - blog samada didalam atau luar negara yang telah membantu mewar-warkan tentang kami Totcupcakes / Tot Bake Design sejak dari dahulu hingga sekarang.. 

kami amat berterima kasih...

ada dikongsikan disini untuk kenangan kami,

juga kami ingin memohon jika ada rakan - rakan terbaca atau mengetahui apa sahaja yang dikongsikan tentang kami, boleh emailkan link ke totbakedesign@gmail.com, kami ingin berkongsi tentangnya di website Tot Bake Design ini.

sekali lagi.. 

Terima Kasih
❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Dari cupcakestakethecake







DAri http://cookiemonster-.tumblr.com/



Info : Bawa cupcake kemana-mana tanpa merosakkan aisingnya!

$
0
0
Kadang - kadang bila kita membeli cupcakes, ada yang dibungkus cantik didalam kotak khas yang ada holdernya, sangat mudah dan bagus bukan,

namun ada juga yang tidak menggunakan kotak khas, jadi cupcake mudah comot didalam bekas yang diletakkan itu, sayang bila habis aising yang penat di deko itu comot dan tak menampakkan rupa asal..

yang bagusnya, kami terjumpa ada idea bernas yang dikongsikan di CupcakesTakeTheCake untuk memudahkan anda membawa cupcake kemana-mana tanpa menggunakan kotak khas, 

iaitu dengan hanya menggunakan lollipop sticks!

ini ialah idea dari Georgetown Cupcake yang di kenali dari rancangan Cupcake DC itu!



Baguskan? 

jadi kalau anda membakar cupcakes, dan dah deko cantik-cantik dan anda nak bawa kemana-mana tapi tak mahu rosakkan deko-nya.. maka boleh la gunakan cara ini.. bijak!

kami pun ada menjual lollipop stick ini.. boleh ke e-kedai kami.. 

hanya RM5 untuk 1 peket iaitu 50 batang!

Resepi : Agar - Agar Kristal

$
0
0





2 cawan agar- agar tali
7 cawan air suam
3 cawan kordial perisa mangga
1 sudu besar gula
1 cawan sour cream
1 sudu teh garam









Rendamkan agar - agar didalam air lebih kurang 4 jam, iaitu sehingga benar - benar kembang, kemudian toskan airnya, dan cuci sehingga bersih dan toskan kesemua airnya.

Kemudian, masukkan air suam beserta isi agar-agar kedalam periuk, dan masak sehingga mendidih iaitu sehingga agar - agar itu hancur dan sebati bersama air.
Selepas itu, masukkan gula, dan kordial berperisa mangga dan biarkan mendidih, sambil itu kacau supaya sebati.
Bila sudah mendidih, tutup api dan keluarkan separuh ke dalam mangkuk besar, dan yang didalam periuk itu dicampurkan sour cream dan garam dan kacau ketika masih panas.
Sejukkan agar - agar didalam mangkuk itu dengan meletakkannya didalam bekas berisi air, cuba sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Keluarkan dan potong bentuk dadu dan taburkan kedalam periuk berisi agar - agar sour cream, jika sudah agak keras di bahagian permukaan, panaskan semula sehingga cair sebelum taburkan bahagian yang sudah dipotong.

Masukkan ke dalam peti, sejukkan.

Keluarkan bila sudah keras, dan hidangkan.

Gaun Simpanan Peralatan Deko

$
0
0


Ingin tahu rahsia kami menyimpan barangan deko yang kecil - kecil dan banyak tu... inilah dia...

Sebenarnya, memang boleh letakkan kesemua barangan deko kami didalam container transparent, atau juga bekas tin yang terpakai, tapi kami jadi selalu terlepas pandang jika ada nak siapkan sesuatu tempahan, rugi bila sebenarnya banyak lagi design yang boleh digunakan, namun kami terlupa. 

Semuanya berubah bila ternampakkan produk ini, kami cuba gunakan, dan akhirnya penuhlah segala peralatan kami disimpan pada tempat simpanan berupa gaun ini. hampir 10 gaun dipakai.

dan jadi sangat mudah lepas tu.. kebetulan kami pun ada letakkan sebuah almari didalam bilik deko.. jadi hanya gantungkan didalam almari itu selepas selesai barangan deko dibasuh dan dikeringkan. 

Lebih seronok, bahagian deapn dan belakang, semua boleh digunakan. 


Kami pun ada membeli dalam kuantiti yang agak banyak, jadi kami ada beberapa stok lagi dan ingin dijual pada anda untuk digunakan. Mudah tau... 

setiapkali ingin mendeko, keluarkan semua.. boleh tengok sekali lalu dan anda boleh gunakannya.. 


Untuk kami, ini bagaikan penyelamat samada dari segi tidak terlepas pandang atau juga dari segi penggunaan ruang, bayangkan barangan kami sebelum ini bila semuanya didalam kotak. Semuanya penuh dan walaupun dilabelkan, agak leceh nak mencari, tapi selepas itu, tak perlu labelkan pun.. dan sesiapa sahaja yang gunakannya boleh terus lihat dan ambil tanpa bertanya sana sini.


Bagi yang berminat, stok yang ada ialah:

Merah Jambu : 1 unit
Hitam : 3 unit

Harga : RM35.00/unit

Caj Penghantaran : RM6.00 Semenanjung Malaysia RM15.00 Sabah / Sarawak

----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membeli, sila emailkan butiran berikut kepada kami di totbakedesign@gmail.com.
Nama:
Alamat:
No. Tel:
Kod Barangan: Gaun Simpanan Peralatan Deko
Pilihan Bank Pembayaran: Maybank / CIMB

----------------------------------------------------------------------------------------

Kotak Cupcakes XXL

$
0
0




Bagi yang suka membakar kek atau juga ada mempunyai perniagaan cupcakes, kadangkala bila membuat satu adunan tu, akan dapat banyak. Sebaiknya dari membeli beberapa kotak untuk digabungkan bagi membawanya ke sesuatu tempat, apa kata anda gunakan kotak cupcakes bersaiz xxl dengan 25 unit lubang ini.

Kotak ini memuatkan cupcakes yang menggunakan solo cup bersaiz 2.5 oz ke bawah. maaf yang lebih besar tak boleh masuk, namun itu selalunya saiz yang digunakan oleh ramai homebakers disebabkan saiz cupcake itu yang comel dan mudah untuk dimakan.

Tingkap di buat bentuk cupcake supaya ketara yang didalamnya ada cupcakes yang comel! Tingkap akan datang dengan lapisan plastik nipis sebagai penahan dari kotoran masuk.

Anda boleh lihat bagaimana kami menggunakan kotak ini untuk produk cupcakes kami sebelum ini.


 

Pada yang berminat, anda bolehlah dapatkan dari kami dengan info berikut.

Harga : 

1 unit : RM3.00
5 unit : RM13.00
10 unit : RM25.00

Caj Penghantaran : 

1 unit : RM6.00 Semenanjung Malaysia RM9.00 Sabah / Sarawak
5 unit ke atas, akan dikira mengikut berat.

----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membeli, sila emailkan butiran berikut kepada kami di totbakedesign@gmail.com.
Nama:
Alamat:
No. Tel:
Kod Barangan: Kotak Cupcakes XXL
Pilihan Bank Pembayaran: Maybank / CIMB

----------------------------------------------------------------------------------------

Resepi : Puding Trifle Strawberi

$
0
0



1 pek swiss roll perisa strawberi
1 kotak Instant Jelly perisa strawberi
1 tin fruit cocktail 
1 tin susu cair 
1 tin air
4 sudu besar gula castor
4 sudu besar tepung kastad




Potong swiss roll dalam ketebalan 2 cm dan susunkan dibahagian bawah mangkuk trifle, untuk nampak cantik, gunakan bekas yang transparent. 

Kemudian, tuangkan air sahaja dari tin fruit cocktail ke atas swiss roll supaya jadi basah dan biarkan dahulu.

Seterusnya, campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk dan masak diatas dapur sehingga mendidih. sambil itu campurkan tepung kastad dengan air sejuk (jangan air panas kerana nanti ianya akan jadi berketul) dan masukkan kedalam periuk. 

Kacau hingga sebati kesemuanya sambil menutup api.. dan tuangkan diatas lapisan kek tadi. Bila sudah penuh dengan jeli, biarkan nampak seperti sudah sejuk sedikit lapisan atas, tuangkan separuh buah dari tin fruit cocktail.

Sementara masih panas, masak instant jelly dan bila sudah ditutup api dan dibiarkan sejuk sedikit, akhir sekali tuangkan keatas fruit cocktail sehingga menutupi buah dan taburkan baki Fruit Cocktail itu nanti.


Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Keluarkan bila sudah keras dan hidangkan.




Inspirasi Deko : 6 Kek Tembikai yang sangat comel!

$
0
0
Siapa sangka.. buah tembikai pun boleh menjadi inspirasi dalam pembuatan kek.. selain nampak sangat comel.. ianya juga dapat menunjukkan kreativiti anda.

Kami Kongsikan beberapa gambar inspirasi kek dari buah tembikai. Ini berbeza dari Buah Tembikai yang dihias sebagai kek.. itu pun akan kami kongsikan nanti...

Cantiknya kek ini kalau dihias dan dibawa sebagai pemanis mulut bila picnic ataupun dijadikan kek harijadi bagi parti yang dibuat di kawasan lapang.. santai sahaja kan...





dari Google

dari Google


Inspirasi Deko : (6 Gambar) Jom adakan Studio Kek di rumah!

$
0
0
Pastinya ramai dari kalangan kita yang sekarang membuat perniagaan kek dan cupcakes dari rumah. Asalnya mungkin dibakar di dapur sahaja.. namun untuk mendapatkan ruang dan masa yang privacy mungkin ada diantara kita yang sudahpun mempunyai studio kecil didalam rumah sendiri. 

Berikut adalah studio kek yang pada kami sangat comel dan cantik dan anda boleh dapatkan idea penyimpanan barangan kek dari situ. Maklumlah kadang tu barangan kek kita sangat banyak, dan memerlukan tempat menyimpan yang mudah dan kemas. Jadi dengan perkongsian ini mungkin serba sedikit dapat membantu anda nanti.

Juga jika anda ingin mengikuti cara kami menyimpan barangan deko, anda boleh melihat di e-kedai kami, kami juga ada menawarkan Gaun penyimpanan.. apakah itu? jemput datang melayari kedai kami, dan kalau berminat boleh mendapatkannya terus. Namun stok terhad, jadi kami menjual berdasarkan 1st come 1st serve yea..







dari Flickr

semoga anda mendapat inspirasi yang menarik dari gambar - gambar diatas.

Bunting Kain Inspirasi English Garden (Preloved)

$
0
0
Jika anda ingin membuat majlis Baby Shower, Cukur Jambul, Bachelorette Party atau pun harijadi bagi anak perempuan, anda mungkin sukakan hiasan ini. Ini kerana konsepnya yang agak lembut dan sweet gitu amat sesuai dijadikan kain rentang mana-mana bahagian didalam majlis itu.

Selain di meja kek, 'pelamin' cukur jambul, dinding yang mana makanan untuk majlis dihidangkan anda juga boleh letakkannya di pintu masuk rumah, dan pintu pagar rumah anda. Anda tentukan!

Bunting Kain yang dijual secara preloved ini menggunakan kain Cotton yang berkualiti tinggi dan boleh dipakai berulangkali ataupun dijadikan hiasan bilik bila selesai majlis.



untuk menjadikannya lebar atau rapat, anda boleh jarakkan dengan menggunakan reben yang ada.. hanya saiz setiap bendera segitiga yang kami beri sebagai reference.


Stok : 1 set sahaja.

Harga : RM25.00/set (5 unit bendera kecil)

Caj Penghantaran : RM6.00 Semenanjung Malaysia RM15.00 Sabah / Sarawak

----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membeli, sila emailkan butiran berikut kepada kami di totbakedesign@gmail.com.
Nama:
Alamat:
No. Tel:
Kod Barangan: Bunting Kain Inspirasi English Garden (Preloved)
Pilihan Bank Pembayaran: Maybank / CIMB

----------------------------------------------------------------------------------------

Bunting Kain Polkadots (Preloved)

$
0
0
Ingin mengadakan majlis harijadi dalam masa terdekat.. dan ingin melakukannya sendiri.. anda boleh dapatkan Bunting kain ini untuk dijadikan hiasan bagi majlis anda.. juga dengan menggunakan kain.. anda boleh terus jadikannya hiasan pada bilik si comel..

warna - warni polkadots yang ada boleh disesuaikan dengan majlis yang menggunakan tema kuning, merah, hitam, dan biru!



Stok : 2 set sahaja.

Saiz : 18 cm x 23 cm

Harga : RM25.00/set (12 unit bendera kecil)

Caj Penghantaran : RM6.00 Semenanjung Malaysia RM15.00 Sabah / Sarawak

----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membeli, sila emailkan butiran berikut kepada kami di totbakedesign@gmail.com.
Nama:
Alamat:
No. Tel:
Kod Barangan: Bunting Kain Polkadots (Preloved)
Pilihan Bank Pembayaran: Maybank / CIMB

----------------------------------------------------------------------------------------

Tutorial : Dekorasi Fondant Banner

$
0
0

Jom Belajar!

Lama juga kami tak kongsikan cara - cara mendeko kek dan cupcakes. Jadi kali ini kami nak kongsikan cara membuat banner untuk diletakkan diatas kek dengan menggunakan fondant.

Lazimnya kita akan cuba membuat pelbagai cara yang unik dalam dekorasi samada kek atau cupcakes, jadi kali ini kita cuba tampilkan kelainan dengan meletakkan huruf pada banner supaya tampak lebih cantik dan menarik bila kita ingin mengambil gambar.

Cara yang dibuat ini amat mudah, dan anda boleh ubah dan buat mengikut kreativi anda.. mungkin dengan mewarnakan fondant itu ataupun menggantikan dragee atau juga dikenali dengan silver ball itu  dengan dekorasi lain contohnya fondant bunga yang telah dikeraskan.




fondant 
rolling pin atau batang paip pvc
fondant mat
dragee / silver ball
lollipop sticks
cutter berbentuk bunga
alphabet cutter
berus halus plastik
gula aising yang paling halus






Canaikan fondant bewarna putih sehingga leper, namun agak tebal untuk dicucukkan lollipop sticks nanti, juga, gunakan gula aising untuk mengurangkan rasa melekit ketika mencanai.



Dengan menggunakan cutter berbentuk bunga, tekap mengikut jumlah huruf yang ingin dilekatkan. 



Selesai menekap, sebaiknya terus cucukkan lollipop sticks supaya fondant akan mengeras bersamanya nanti.



Jika bentuk bunga tidak begitu cantik, bentukkannya dengan lebih ketara.


Letakkan silver ball pada setiap hujung dan tekan untuk melekatknya.


Biarkannya mengeras sedikit dengan meletakkannya dikawasan berangin..



Sekarang masa untuk menekap huruf, gunakan fondant bewarna mengikut warna kesukaan.. dan mula menekap.


Selesai menekap kesemua huruf, maka bolehlah mula dilekatkan pada fondant putih itu tadi.


Proses melekatkan  fondant bersama fondant hanya gunakan air sahaja.. basahkan berus dengan air dan mula sapukan pada bahagian belakang huruf, dan lekatkan terus pada fondant.

 

Selesai melekatkan kesemuannya, anda hanya perlu tunggu proses kering dan keras semua. Sebaiknya dibiarkan semalaman.


Akhir sekali, anda boleh cucukkan pada kek yang telah digubah.



ChocoToT : Encik Mimpi

$
0
0
Umpama sebuah mimpi bila melihat Mini Hamper ChocoToT yang ditempah oleh Cikgu Anina Taty disampaikan oleh Guru Besar kepada Encik Mimpi.

Encik Mimpi membuat siri jelajah ke sekolah dan beliau datang menghiburkan kanak-kanak disekolah itu.. antara sekolah bertuah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu di Kuala Lumpur.

Dapat kami lihat didalam klip betapa seronoknya pelajar-pelajar disekolah mendendangkan lagu Encik Mimpi ini dan hafalnya mereka keseluruhan lagu.. Fuh!


Apapun memang cool Encik Mimpi nie sebab beliau juga memberikan testimoni yang super-cool untuk kami.. 



Anda berminat untuk mencuba Coklat Import dari Timur Tengah yang sedap tu.. boleh beli secara online di www.tots.my

Selain pek coklat, anda juga boleh dapatkan coklat di ChocoToT dalam bentuk hadiah, gubahan dan cenderahati untuk pelbagai majlis.

Viewing all 123 articles
Browse latest View live